HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Masih dalam siasatan polis, Dewan Suarah Matu dipecah masuk

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BUKTI... Kakitangan mendapati meter elektrik, wayar dan mangga pintu yang dirosak orang yang, tidak bertanggungjawab.

MATU: Kejaian pecah masuk Dewan Suarah Matu masih dalam siasatan pihak polis, kata Pegawai Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad.

Menurutnya, kejadian yang disedari berlaku pada Isnin itu bagaimanapun tiada kehilangan barang namun hanya kerosakan harta benda seperti meter elektrik, wayar dan mangga pintu dirosak serta dipotong.

“Ketika kakitangan saya membuat pemeriksaan rutin sekitar jam 2 petang, didapati Pejabat Daerah Matu telah dipecah masuk, mangga pada pintu telah dirosakkan dan dibuka.

“Pintu juga telah dibuka dan didapati meter serta wayar disekitarnya telah dipotong serta dicabut yang kemudiannya diletakkan di lantai.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada barang yang hilang,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, semalam.

Sementara ditanya adakah kejadian tersebut mempunyai unsur-unsur sabotaj menjelang pelaksanaan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), beliau enggan mengulas dan berkata laporan polis telah dibuat semalam (Selasa) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Manakala Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro, Inspektor Anuar Affindi ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas kerana kes masih dalam siasatan.

“Saya tidak boleh memberi kenyataan kerana ia bukan bidang kuasa saya untuk mengeluarkan kenyataan,” jawabnya ringkas ketika ditanya adakah terdapat unsur sabotaj dalam kejadian tersebut memandangkan tiada barang hilang melainkan kerosakan harta benda.

Sementara itu, penyandang Dun Jemoreng Datuk Juanda Jaya menganggap ia sebagai perbuatan vandalisme yang serius.

“Kita mengimpikan keharmonian dipelihara dan dikekalkan. Dewan sebelum ini dijadikan Pusat Pemberian Vaksin malah amat penting bagi kami sebagai lokasi penamaan calon,” katanya yang kecewa dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Juanda berkata, pelakunya mesti ingat bahawa pihak berkuasa akan menyiasat malah sentiasa memantau.

“Siapa yang melakukannya tidak akan terlepas. Jangan melakukan vandalisme terutamanya ketika masyarakat kita diuji dengan Covid-19. Jadilah komuniti yang bertanggungjawab” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Bubur lambuk

BUBUR lambuk merupakan juadah wajib yang mudah didapati di bazar