ARTIKEL

Masih ramai yang degil dan ambil mudah SOP Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang pegawai kerajaan di kompaun oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berkata, ia salah satu kompaun yang dikeluarkan bagi tempoh 1 hingga 27 Mei lalu.

Selain itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri turut mengeluarkan enam kompaun masing-masing kepada seorang guru besar, dua kompaun kepada seorang tuai rumah dan penganjur majlis pengebumian.

Di samping itu, satu kompaun masing-masing dikenakan ke atas penganjur majlis sambutan hari jadi, pengerusi masjid dan penganjur aktiviti sosial makan beramai-ramai.

Sementara itu, operasi pemantauan norma baharu Ops Covid-19 Majlis Bandaraya Miri bagi tempoh 24 hingga 27 Mei melaporkan sebanyak 2,371 premis perniagaan diperiksa meliputi 112 pasar raya, 1,955 premis makanan, 52 pusat penjaja, 171 lain-lain (premis perniagaan) serta 81 penjaja.

“Seksyen penguat kuasa mengeluarkan enam kompaun di bawah perundangan Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 (PPHO) bagi tempoh tersebut.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 29 Mei 2021

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU