ARTIKEL

Masir Kujat sertai PBM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sng (tiga kanan) menerima surat permohonan dari Masir (tiga kanan) sambil disaksikan yang lain.

KUCHING: Bekas Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat kini menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PBM, Datuk Larry Sng menerusi laman Facebook beliau hari ini.

“Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Agung parti menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi pertama kami tahun ini,” katanya.

Larry menambah selain Masir, beberapa golongan profesional Dayak juga telah memohon untuk menyertai PBM.

“Beberapa pelantikan lain telah dibuat dan penstrukturan semula beberapa jawatankuasa negeri telah selesai.

“PBM bergerak ke hadapan,” katanya.

Masir sebelum ini tidak berparti sejak keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 30 Mac tahun lepas untuk menjadi calon bebas.

Beliau menyertai PSB pada Mac 2019 selepas meletak jawatan daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Semasa dalam PRS, Masir pernah menjadi Ahli Parlimen Sri Aman selama tiga penggal dari 2008 hingga 2022.

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2015 hingga 2018.

Dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 pada 2021, Masih bertanding di Balai Ringin menggunakan tiket PSB namun kalah kepada penyandang, Datuk Snowdan Lawan dari PRS, yang merupakan komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah beliau juga gagal dalam percubaannya untuk mempertahankan Sri Aman sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum tahun lalu apabila ditewaskan oleh muka baharu Datuk Seri Doris Sophia Brodie dari PRS.

 

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit