ARTIKEL

Masjid Al-Muhsiniin sediakan kelas mengaji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DARO: Seramai 47 orang peserta menyertai Majlis Khatamal Al-Quran Perdana 2023 Kelas Mengaji Al-Quran di Masjid Al-Muhsiniin Daro, di sini.

Majlis ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Muhsiniin Daerah Daro yang merangkumi pelbagai peringkat umur.

Menurut ADUN Daro Safiee Ahmad, usaha pihak Masjid Al-Muhsiniin menyediakan kelas mengaji bagi anak-anak di kawasan ini merupakan usaha yang sangat baik.

“Saya akan sentiasa memberi sokongan kepada usaha sebegini kerana ia membantu anak-anak di kawasan ini.
“Seperti yang kita tahu, pembinaan masjid ini juga sememangnya untuk majlis-majlis ilmu keagamaan.

“Dengan adanya majlis yang diadakan di sini, kita dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di masjid ini,” katanya berucap merasmikan majlis tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap agar majlis sebegini sering dilaksanakan untuk sentiasa mengimarahkan Masjid Al-Muhsiniin.

Hadir sama Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi dan Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta