ARTIKEL

TAHNIAH… Rahman Junaidi (belakang, tengah) mengambil bergambar bersama penerima kunci rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bagi Projek Penempatan Sungai Bedaun, di sini, hari ini. | Foto: Ramidi Subari

Masjid baharu bakal dibina di Penempatan Sungai Bedaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SANTUBONG: Kerajaan Sarawak bersetuju membina sebuah masjid baharu di Penempatan Sungai Bedaun di sini menerusi Pakej Kedua.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan menerusi projek Penempatan Sungai Bedaun ini adalah bagi kegunaan penduduk di penempatan Sungai Bedaun dan kawasan sekitarnya.

“Antara kampung yang bakal mendapat manfaat adalah Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Bedaun dan Kampung Sungai Lumut serta para pengunjung luar yang menggunakan Jalan Sultan Tengah. 

“Selain itu, kita juga merancang untuk membina sebuah Dewan Masyarakat di kawasan penempatan ini bagi membolehkan para penduduk penempatan ini dapat menjalani kegiatan sosial dan rekreasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bagi Projek Penempatan Sungai Bedaun di Tapak Penempatan Sungai Bedaun di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, sejumlah 126 keluarga tambahan dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama dan kawasan Lot Tambahan di perkampungan Seberang Hilir yang memenuhi kriteria dan syarat permohonan telah ditawarkan untuk membeli rumah di Penempatan Sungai Bedaun bagi pakej pertama. 

Manakala, baki 83 unit rumah dalam pakej pertama ini akan ditawarkan kepada Ketua Keluarga Tambahan yang layak dari Kampung Pulo Ulu.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU