Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Masjid baharu buat penduduk Kampung Goebilt

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni ketika ditemu wartawan
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni ketika ditemu wartawan

KUCHING: Sejumlah RM6 juta telah diluluskan untuk membina sebuah masjid baharu di Kampung Goebilt, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni.

Menurutnya, ia akan didirikan di atas tanah seluas dua ekar yang telah diwakafkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) kepada kampung tersebut.

“Sudah tiba masa bagi Masjid Nur Hidayatis Salam digantikan kerana sudah usang dan agak kecil untuk menampung jumlah jemaah.

“Masjid baharu ini kelak dijangka mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah, tanpa penjarakkan dan ia agak besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu wartawan setelah menyempurnakan Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2022 di Dewan Datuk Seri Dr Wan Junaidi, Kampung Goebilt, di sini, semalam.

Tambahnya, pembinaan masjid tersebut juga boleh menampung keperluan masyarakat persekitaran termasuk pekerja kilang di Sejingkat Power Station yang memiliki bilangan pekerja mencecah ratusan orang.

Mengulas lanjut, projek tersebut dijangka dilaksanakan dalam tiga hingga empat bulan dari sekarang dengan mengekalkan nama asal masjid tersebut.

Adun Demak Laut itu turut menjelaskan bahawa tempoh penyiapan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru