SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Masjid, surau perlu pastikan penceramah ada tauliah JAIS 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP… Abdul Rahman bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan MIS kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2023, di Dewan Kompleks Islam, di sini, hari ini. (Foto oleh Abdul Hakeem Well)

KUCHING: Pengurusan masjid dan surau di Sarawak perlu memastikan setiap penceramah yang dijemput untuk aktiviti keagamaan mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan penceramah mempunyai latar belakang yang lengkap dalam bidang agama Islam.

“Ia dilaksanakan kerana bimbang akan intipati ceramah yang disampaikan boleh menjadi punca kepada perpecahan masyarakat di dalam sesuatu kawasan.

“Sekiranya penceramah belum mendapatkan tauliah, pastikan kita menghubungi Jais supaya tiada penceramah yang datang daripada latar belakang tertentu dan sebagainya,” kata beliau.

Adun Pantai Damai itu juga berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan MIS kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2023, di Dewan Kompleks Islam, di sini, hari ini.

Tambahnya, ia juga merupakan salah satu keputusan penting yang dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menerusi mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

“Yang mana setiap penceramah kita, perlu mendapat tauliah daripada Jais,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru