ARTIKEL

Aksi beregu Lelaki negara Roy King Yap (kanan) dan Junaidi Arif ketika menentang pemain Taiwan Lee Jhe Huei dan Yany Po Hsuan pada pusingan kedua perlawanan sempena Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.Malaysia menang kepada Taiwan 13-21, 21-15, 21-18. -- fotoBERNAMA

Masters Malaysia 2024: Beregu lelaki negara mara ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki meningkat naik negara Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King mengejutkan pilihan keempat kejohanan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan untuk mara ke suku akhir kejohanan badminton Masters Malaysia 2024.

Dimotivasikan oleh pencapaian suku akhir pada Terbuka Thailand minggu lepas, beregu ke-47 dunia itu bangkit daripada ketinggalan 13-21 pada set pertama untuk menewaskan beregu nombor 12 dunia tersebut dalam dua set seterusnya 21-15, 21-18, di Arena Axiata di sini semalam.

Dalam usaha merebut tempat ke separuh akhir, Wan Muhammad Arif-Roy King akan mencabar pasangan pilihan keenam Rasmus Kjaer-Frederick Sogaard dari Denmark, yang menundukkan beregu dari Korea Selatan Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-16, 21-18, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Wan Muhammad Arif berkata meskipun tewas pada set pertama, mereka terus berazam dan bertenang untuk mengubah kedudukan.

“Kami menenangkan diri dan dapat tangani mental dengan baik sehingga akhir perlawanan. Kami tidak fikir banyak untuk perlawanan esok, hanya mahu hadapinya.

“Pengalaman beraksi menentang beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (tewas 7-21, 14-21 pada suku akhir Terbuka Thailand) banyak membantu kami untuk meningkatkan kualiti permainan,” katanya.

Roy King pula berkata kemenangan ke atas pemain ranking lebih tinggi meningkatkan keyakinan mereka untuk terus mencabar pemain handalan bagi mencapai sasaran kedudukan 32 teratas dunia.

“Apabila ranking kita meningkat (dengan menewaskan pemain ranking tinggi), kita boleh main dalam kejohanan yang tahapnya lebih tinggi untuk beraksi dengan pemain utama dunia dengan lebih kerap.

Kita boleh kenal pasti kekurangan kita dan apa yang perlu ditingkatkan,” katanya.

Sementara itu, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sedikit goyah pada set kedua sebelum berjaya mengetepikan beregu ke-25 dunia dari China, Chen Bo Yang-Liu Yi, 21-13, 13-21, 21-10

Menanti beregu keempat dunia itu di suku akhir, beregu pada kedudukan ke-34, Jin Yong-Na Sung Seung dari Korea Selatan, yang mengejutkan pilihan kelapan Lu Ching Yao-Yang Po Han dari Taiwan 21-16, 21-9.

Menurut Aaron, mereka kehilangan rentak pada set kedua serta banyak melakukan kesilapan mudah.

Bagi perlawanan esok katanya mereka akan sekali lagi berdepan beregu yang tidak pernah ditentang sebelum ini.

Wooi Yik berkata mereka secara kasar mengetahui gaya bermain beregu Korea Selatan itu iaitu bertahan dan menyerang balas.

Dalam pada itu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melangkah ke suku akhir kejohanan Super 500 pertama mereka sejak Terbuka Hong Kong pada November tahun lepas, selepas menundukkan Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeratsakul dari Thailand, 21-17, 21-12.
Sze Fei-Nur Izzuddin akan bertemu beregu Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.– BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU