HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Masuk negara tanpa permit, dua warga asing dipenjara 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tertuduh Ahmad Chanafi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 3 oleh anggota polis.
Tertuduh Ahmad Chanafi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 3 oleh anggota polis.

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana masuk ke Malaysia tanpa permit yang sah.

Tertuduh Ahmad Chanafi, 25, mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia yang merupakan pelayan kedai didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Taman Malihah, Matang, kira-kira jam 9.30 malam, 25 Disember 2022.

Oleh itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) Akta yang sama.

Tertuduh Adriana Novita dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 3 oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh disebat maksimum enam sebatan apabila disabitkan.

Di mahkamah yang sama, seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atas kesalahan memasuki negara ini tanpa permit yang sah.

Adriana Novita, 27, melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Matang, kira-kira jam 9.50 malam, 25 Disember tahun lalu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh turut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki Malaysia.

Justeru itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap selain mengarahkan mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas selesai menjalani hukuman.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala Amad dan Adriana tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru