Trending

Masukkan MA63 dalam silibus pendidikan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Hasidah (duduk depan, tengah) bersama-sama Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak Datu Dr Sanib Said (duduk depan, dua kiri) dan tetamu kehormat lain bergambar dengan peserta Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak di Kuching, hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memasukkan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ke dalam silibus pendidikan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata ia bagi memberikan fakta yang tepat kepada anak Malaysia tentang sejarah penubuhan negara itu.

“Kita mahu semua anak Malaysia tahu sejarah penubuhan Malaysia dan sejarah ini tidak dapat kita nafikan kerana ia memang ada dan berlaku.

“Jadi sewajarnya ia (MA63) dimasukkan ke dalam subjek sejarah pendidikan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Hasidah berkata sejak penubuhan Persekutuan Malaysia, sejarah Sarawak hanya dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran kebangsaan sejak tahun 1982.

“Tidak banyak yang dapat dikemukakan sehingga kepada rombakan kurikululum pada tahun 2014 dan 2017, sejarah Sarawak menjadi satu elemen utama dalam pembinaan kurikulum sejarah sekolah.

“Malah KPM mengambil inisiatif dengan menjemput pakar-pakar sejarah tempatan anak Sarawak sebagai pakar rujuk dalam menggubal kurikulum sejarah kebangsaan bagi memastikan apa yang terkandung di dalam sukatan pelajaran selari dengan pensejarahan Sarawak,” katanya.

Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak menghimpunkan 27 orang pembentang termasuk lima orang pembentang dari luar negara (Indonesia dan Brunei)
serta seorang pembentang yang bercuti sebatikal di University of Cambridge.

Ia merupakan persidangan yang sangat besar dalam menghimpunkan cendekiawan-cendekiawan sejarah dan sains sosial di bawah satu bumbung, dengan diharapkan
dapat menyumbang kepada dapatan baharu selaras dengan subtema persidangan iaitu Penulisan Sejarah Sarawak dan Menziarahi Pembentukan Malaysia.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru