ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

MASwings tambah penerbangan dari Miri ke Long Banga sempena perayaan Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan MASwings melancarkan penerbangan tambahan dari Miri ke Long Banga sempena sambutan perayaan Hari Gawai yang bakal tiba.

Dalam satu kenyataan hari ini, MASwings berkata, pihaknya teruja mengumumkan penambahan empat penerbangan dari Miri ke Long Banga bagi memudahkan perjalanan penumpang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Gawai bersama keluarga dan komuniti mereka.

“Kekerapan harian dari Miri (MYY) ke Long Banga (LBP) melibatkan penerbangan MYY-LBP pesawat MH3594 pada 29 Mei, jam 11.25-12.20 tengah hari, 31 Mei pada jam 12.30-13.25 petang, serta 2 dan 3 Jun pada jam 9.20-10.15 pagi.

“Manakala, bagi penerbangan dari LBP ke MYY dengan pesawat MH3595 pada 29 Mei adalah pada jam 12.40-13.35 petang, 31 Mei pada jam 13.45-14.40 petang, serta 2 dan 3 Jun pada jam 10.35-11.35 pagi,” maklum kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MASwings, Suresh Singam, berkata Hari Gawai merupakan acara kebudayaan yang amat dihargai dalam kalangan masyarakat Dayak di Sarawak sebagai tanda penghujung musim menuai yang dirayakan dengan penuh semangat dan kegembiraan.

“Justeru, bagi menampung lonjakan permintaan perjalanan dalam tempoh perayaan ini, MASwings telah bekerja pada putaran penerbangan dan menambahnya kepada empat penerbangan.

“Selain bagi menyediakan pelancong dengan peningkatan akses dan kemudahan, penambahan penerbangan ini juga mencerminkan komitmen MASwings yang tidak berbelah bahagi untuk menyokong penduduk tempatan dan ketersambungan hubungan di seluruh Sarawak.

“Dengan memudahkan perjalanan udara yang lancar, MASwings juga bermatlamat untuk membolehkan pelancong dan penumpang bersatu semula dengan keluarga mereka bagi memeriahkan perayaan tersebut,” ujarnya.

Penumpang boleh menempah perjalanan mereka melalui pejabat tiket MASwings dan Malaysia Airlines atau di mana-mana ejen pelancongan yang dilantik di seluruh negara.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual