ARTIKEL

Bidah (tengah) merakam kenangan bersama tetamu-tetamu lain yang hadir semasa majlis tersebut yang diadakan pada 21 Februari lalu.

Masyarakat Cina hidup harmoni dengan masyarakat etnik asal di Belaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BELAGA: Meskipun peratusan populasi masyarakat Cina di Belaga adalah rendah, namun mereka dapat hidup di bawah payung perpaduan komuniti majmuk. 

Selain itu, masyarakat Cina juga menerima masyarakat lain dan sebaliknya bagi memastikan matlamat masyarakat harmoni tercapai.

Pemangku Pegawai Daerah Belaga, Bidah Lujah, berkata walaupun jumlah penduduk Cina tidak ramai di Belaga, namun mereka hidup rukun damai dan harmoni.

“Mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang ada di Belaga.

“Malah, mereka begitu fasih berbahasa tempatan dan ramai yang sudah berkahwin campur dengan orang tempatan,” katanya ketika ditemui semasa Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina sempena Chap Goh Mei pada 21 Februari lepas.

Di samping itu, beliau berkata setiap perayaan yang diraikan di Sarawak akan disambut secara bersama oleh pelbagai kaum yang ada di Belaga.

Terdahulu, majlis tersebut bermula dengan acara simbolik menggaul ‘yee sang’ bersama-sama oleh tetamu yang hadir sebelum menikmati juadah yang disediakan.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap