Masyarakat Dayak harus diberi peruntukan menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama

KUCHING: Masyarakat Dayak di Sarawak seharusnya tidak tercicir dalam Wawasan Kemakmuran Bersama, kata Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Menurutnya jurang ekonomi antara bumiputera Dayak dan Melayu juga besar.

“Jika Orang Asli di bantu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) manakala masyarakat India diberi peruntukan khas sebanyak RM 170 juta, masyarakat Cina RM 100 juta dalam belanjawan 2021, mengapa tidak peruntukan khas diberi kepada masyarakat Dayak di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagisn dalam perbahasan Peringkat dasar Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di ibu negara hari ini.

Riot yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur bertaraf menteri menambah Perkeso telah membantu negara semasa ekonomi gawat akibat Covid-19

“Usaha Perkeso mengeluarkan wang di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) atau Employee Insurance Scheme (EIS) kepada pencarumnya, telah banyak membantu mereka.

“Malah, dalam belanjawan 2021, kerajaan berhasrat untuk membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan iaitu berjumlah RM 6,000,” katanya.

Tegasnya, Kebanyakan pencarum KWSP minta supaya jumlah RM 6,000 ini di bayar sekali gus.

“Dengan amaun RM6,000 ini mereka boleh berniaga secara kecil/kecilan seperti membuka gerai makanan di tepi jalan.

“Kerajaan harus mempertimbangkan permintaan mereka. Itu pun RM 6,000 hanya diberikan kepada yang memohon sahaja,” ujarnya.

Suara Sarawak