ARTIKEL

Masyarakat disaran muat turun aplikasi MyJPJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Pengguna jalan raya digalakkan untuk memuat turun aplikasi MyJPJ bagi menyemak dan memaparkan secara digital Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Perkara tersebut merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk beralih kepada pendigitalisasian terhadap perkhidmatan mereka.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, orang ramai bagaimanapun masih boleh mendapatkan dokumen LKM dan LMM dalam bentuk fizikal di pejabat JPJ berdekatan sepanjang tempoh peralihan pendigitalisasian ini.

“Hasil perbincangan bersama Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili, orang ramai terutamanya bagi warga emas yang mempunyai kenderaan komersial yang kerap melalui negara Brunei dan mereka yang tinggal di luar bandar boleh memohon untuk mendapatkan LKM dan LMM dalam bentuk fizikal.

Golongan muda digalakkan menggunakan e-LKM dan e-LMM dalam telefon pintar bagi membolehkan paparan berkenaan boleh ditangkap layar dan dicetak untuk salinan dokumen bagi simpanan pengguna.

“Salinan dokumen berkenaan boleh digunakan sebagai paparan sekiranya terdapat keperluan oleh pihak penguat kuasa yang terlibat terutama dalam kawasan yang tiada akses kepada Internet,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perbincangan bersama Pengarah JPJ Sarawak di JPJ Cawangan Miri, semalam.

Pihak JPJ Sarawak ada menyatakan bekalan untuk cetakan LKM dan LMM berbentuk fizikal masih lagi mencukupi buat masa ini.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU