ARTIKEL

Nizam memotong reben simbolik merasmikan sambutan Hari Sarawak 2026 JKKK Kampung Jabai dan KRT Kampung Jabai.

Masyarakat diseru kekal bersatu, elak perselisihan jejas keharmonian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Masyarakat Islam di Bintulu diseru agar terus mengutamakan perpaduan serta mengelakkan sebarang perselisihan yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan komuniti setempat.

Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan berkata, dalam sebuah komuniti yang jumlahnya tidak begitu besar di daerah ini, hubungan erat serta semangat saling menghormati perlu sentiasa dipelihara.

Menurut beliau, perpaduan yang kukuh menjadi asas penting dalam memastikan masyarakat dapat bergerak seiring dengan pembangunan pesat di Bintulu.

Tegasnya, perbalahan dan pertelingkahan sesama sendiri hanya akan melemahkan kesatuan masyarakat serta menjejaskan usaha bersama untuk memajukan daerah tersebut.

Pengerusi JKKK Kampung Jabai, Johny Jimon menyampaikan cenderahati kepada Nizam.

“Sukan dan program kemasyarakatan adalah antara medium terbaik untuk menyatukan masyarakat. Kita perlu memberi tumpuan kepada perkara yang boleh menyatukan kita, bukannya mencari isu yang boleh memecahbelahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Sarawak 2026 yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jabai dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jabai, malam tadi.

Menurutnya, sekiranya masyarakat terus bergaduh dan bertengkar sesama sendiri, keadaan itu hanya akan menyebabkan hubungan menjadi retak dan akhirnya merugikan seluruh komuniti.

Beliau berkata kerajaan mahu melihat Bintulu terus berkembang maju dengan kekuatan masyarakatnya sendiri, selain memastikan pembangunan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Nizam berucap pada sambutan Hari Sarawak 2026 JKKK Kampung Jabai dan KRT Kampung Jabai.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan masyarakat yang berhijrah atau datang mencari rezeki di Bintulu supaya tidak melupakan penduduk tempatan, sebaliknya bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemajuan daerah tersebut.

Menurutnya, pembangunan yang mampan hanya dapat dicapai apabila semua pihak bersatu hati, saling bekerjasama dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap komuniti setempat.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya menggunakan saluran kepimpinan yang betul sekiranya berdepan sebarang masalah atau isu, termasuk mendapatkan pandangan dan bantuan daripada ketua kaum masing-masing.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak tepat di media sosial sehingga boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU