Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Masyarakat Lundu turut raikan Hari Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Jamilah merakam gambar kenangan bersama-sama para jemputan sempena Program Lundu Heart Day 2022.
Jamilah merakam gambar kenangan bersama-sama para jemputan sempena Program Lundu Heart Day 2022.

LUNDU: Masyarakat di luar bandar turut tidak ketinggalan untuk bersama-sama meraikan Hari Sarawak 2022.

Di Lundu, sambutan tersebut telah bermula semalam dengan penganjuran Program “Lundu Heart Day” anjuran Pusat Khidmat Tanjong Datu dengan kerjasama Yayasan Jantung Sarawak.

Program dua hari yang akan berakhir hari ini, turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti sesi ceramah dan taklimat kesihatan, aktiviti “Walk A Mile”, saringan kesihatan, pameran, program derma darah, sukaneka dan banyak lagi.

Turut diadakan sesi ceramah bertajuk ‘sayangi jantung anda’ oleh Dr. Ho Yik Hon dari Pusat Jantung Sarawak yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang penyakit tersebut.

Menurut Pengerusi Pengelola Program, Datuk Amar Jamilah Anu, Yayasan Jantung Sarawak telah banyak membantu dalam meningkatkan kemudahan perubatan khasnya untuk pesakit jantung.

“Ia termasuk mendapatkan peralatan pengimbas penyakit jantung dan juga menghantar doktor-doktor tempatan ke luar negara bagi mendapatkan kepakaran dalam aspek kardiologi,” katanya dalam ucapan perasmian program tersebut, semalam.

Beliau turut menasihati orang ramai agar segera mendapatkan pemeriksaan di fasiliti-fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya mempunyai gejala-gejala penyakit khasnya bagi golongan yang sudah berusia.

Program tersebut turut dihadiri lebih 200 orang jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua agensi, ketua-ketua masyarakat, ketua-ketua kaum serta organisasi tempatan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News