ARTIKEL

Suasana di perkarangan Pusat Kraf Tangan Miri ketika menantikan ketibaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri.

Masyarakat Miri berbusana tradisional sambut Agong, Raja Permaisuri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Suasana di Pusat Kraf Tangan Miri, di sini, meriah dengan kehadiran orang ramai yang mengenakan busana tradisional pelbagai etnik bagi meraikan ketibaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Warga Miri kelihatan bersemangat menantikan kehadiran baginda berdua yang tiba di Miri seawal jam 9.30 pagi hingga sekarang.

Walaupun cuaca panas terik, ia sama sekali tidak mematahkan semangat warga kota ini untuk menyerlahkan keunikan pelbagai kaum negeri ini di hadapan baginda berdua.

Berdasarkan tinjauan, masyarakat yang mengenakan busana tradisional pelbagai kaum tersebut terdiri daripada ahli daripada pelbagai persatuan-persatuan di Miri.

Antaranya adalah Persatuan Melanau Miri, Persatuan Jatti Miriek, Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA), Persatuan Wanita Orang Ulu dan juga Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS).

Persatuan yang paling menyerlah serta meriah adalah SIDS kerana pakaian mereka dibahagikan kepada dua iaitu Ngepan Iban dan juga Kain Buriek.

Dengan mengenakan busana tradisional ini, ia pada masa yang sama membantu mempromosikan keunikan yang dimiliki Sarawak.

BERITA LAIN

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Skuad bola sepak B-19 belasah Singapura 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU