ARTIKEL

Masyarakat perlu bertenang, bertoleransi isu KK Mart

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tindakan individu melempar bom petrol ke kedai serbaneka KK Super Mart di sini, pada Ahad berikutan kontroversi stoking disifatkan tidak terkawal.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii menganggap tindakan serupa yang berlaku di tiga kedai serbaneka di seluruh negara oleh individu yang tidak bertanggungjawab, berniat menimbulkan kemudaratan.

Menurutnya, beliau tidak menjangka Kuching yang dikenali sebagai bandar raya perpaduan, masyarakatnya hidup harmoni tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang turut terpalit dengan insiden itu.

“Saya menyeru untuk semua bertenang dan mengambil sikap toleransi dalam perkara ini.

“Kita sebagai rakyat Sarawak harus bangkit menentang kebencian tersebut dan tidak boleh membiarkan ia menjadi kebiasaan di negeri dan negara kita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi Kelvin, perkara tersebut harus dibendung sebelum ia merebak.

“Mari kita bergerak maju ke arah perpaduan, bukan perpecahan. Ini peluang kita memperoleh pemahaman yang lebih baik tidak mengira kaum, agama mahupun latar belakang dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” ujarnya.

Baca lain  Contohi pengamal media dalam menyebarkan maklumat sahih

Sementara, Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng dalam hantaran di Facebooknya menyebut, hubungan antara kaum dan keharmonian agama di negeri ini amat dikagumi oleh orang ramai di seluruh dunia.

Datuk Larry Sng

“Jika orang ramai tidak menyukai jenama tersebut, jangan membeli daripada mereka.

“Ia sangat mudah, tidak perlu menimbulkan kemudaratan dan merosakkan harta benda.

“Kita mempunyai undang-undang dalam negara ini, biarkan pihak polis menjalankan tugas mereka.

“Pada masa yang sama orang ramai diminta bertenang,” katanya.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang