Masyarakat perlu sedar peranan Bomba

Anggota Bomba memainkan peranan penting dalam masyarakat terutamanya melibatkan keselamatan seperti kebakaran dan kecemasan.

Namun begitu, berapa ramaikah masyarakat sedar akan skop dan tugasan bomba?

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata masyarakat tidak sedar tugasan bomba kini melebihi Akta 341 Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

“Kadangkala saya berasa sa-ngat sedih kerana terdapat sesetengah pihak menyalahkan bomba jika gagal menyelesaikan sesuatu perkara dalam kemalangan,”kata Khirudin.

Bagaimanapun, Khirudin berkata masyarakat tidak dapat dipersalahkan seratus peratus kerana tidak semua dapat memahami tugasan dan skop yang perlu diperlakukan oleh pihak bomba.

“Masyarakat perlu tahu hala tuju Jabatan Bomba dan melihat bahawa kebertanggungjawaban dan isu keselamatan bukan hanya diletak di atas bahu bomba semata-mata,” jelasnya.

Menurutnya, JBPM Sarawak membuat pelbagai program dan aktiviti seperti pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan dalam usaha untuk mendekati masyarakat dengan lebih rapat.

“Pendekatan yang dilakukan ialah memformulasi programprogram yang menjurus kepada turun padang,” ujarnya.

Jelas Khirudin, beliau tidak mahu Jabatan Bomba dilihat sebagai agensi yang reaktif dan mahukan Jabatan Bomba sentiasa bergerak secara proaktif.

Dekati Masyarakat

“Misi kita ingin merakyatkan perkhidmatan bomba supaya masyarakat mudah untuk mendampingi kita,” kata Khirudin.

Menurut Khirudin, Jabatan Bomba banyak melakukan penglibatan dengan pelbagai agensi, jabatan, komuniti, sekolah, dan persatuan.

“Kita mahu keluar daripada kepompong kebiasaan.

“Pendekatan yang kami laksanakan di Sarawak bertujuanuntuk mengubah persepsi masyarakat terhadap bomba,”
jelasnya.

Tambah Khirudin, Jabatan Bomba tidak pernah menolak jemputan mana-mana pihak termasuklah pelbagai persatuan kerana bomba adalah rakan masyarakat.

“Melalui pendekatan ini, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara masyarakat,”
katanya.

Menurutnya, bomba dapat menyelesaikan pelbagai isu yang berlaku dengan mudah dengan bantuan masyarakat.

Teman Pili Bomba

Antara program yang diadakan oleh pihak bomba ialah program Teman Pili Bomba.

Khirudin berkata, Teman Pili Bomba berperanan sebagai memberi pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan pili bomba dan memastikan ia perlu dijaga dalam keadaan baik bagi kegunaan kecemasan.

“Penyertaan Teman Pili Bomba masih berada tahap rendah.

“Sasaran yang ingin dicapai ialah sebanyak 50 peratus dan sekarang hanya 30 peratus untuk Teman Pili Bomba,” jelasnya.

Katanya, pili bomba hanya diperiksa sekali setahun dan kerosakan yang berlaku kepada pili bomba boleh menjejaskan operasi pihak bomba.

“Ini menyukarkan operasi pihak bomba kerana terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari pili bomba lain.

“Perkara seperti ini boleh melibatkan nyawa walaupun terlambat 5 minit,” katanya.

“Jadi, penyertaan teman pili bomba boleh membantu pihak bomba untuk memantau keadaan