ARTIKEL

Masyarakat perlu ubah persepsi terhadap bidang STEM, TVET

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Masa depan Sarawak bergantung kepada keupayaan rakyatnya untuk menerima dan memanfaatkan kekuatan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, justeru amat penting untuk mempromosikan kesedaran dan mengubah persepsi pendidikan STEM dan TVET dalam kalangan masyarakat.

“Kita perlu menonjolkan pelbagai peluang kerjaya dan kisah kejayaan yang diperoleh dalam bidang-bidang ini, sekali gus menepis sebarang stereotaip dan pemahaman yang salah.

“Dalam masa yang sama, kerjasama daripada pihak media, pemimpin industri dan tokoh-tokoh terkemuka juga memainkan peranan yang signifikan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pendidikan STEM dan TVET,” katanya.

ADUN Mambong yang juga Timbalan Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jerayawara ‘Project of Dreams Realized (Pro-DR) Daerah Padawan di Dewan Masyarakat Batu 10, Padawan, hari ini.

Tambahnya, pendidikan STEM dan TVET juga dapat meningkatkan kualiti pemikiran masyarakat dari segi pengetahuan, kemahiran dan minda yang diperlukan untuk kemajuan teknologi dan penubuhan industri baharu.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU