ARTIKEL

Mat London kembali ke rahmahtullah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Karyawan filem veteran, Ahmad Ibrahim atau lebih tersohor dengan panggilan Mat London menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit, sekitar 5.57 pagi tadi.


Allahyarham Mat London meninggal dunia pada usia 74 tahun di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata anaknya, Salmany Akir Ahmad dalam hantaran di Facebooknya.


“Sesudah laungan azan Subuh… Papa menghembuskan nafas terakhir pada hening pagi yang masih sepi, pagi Jumaat,” tulisnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU