ARTIKEL

Foto BERNAMA

Mat Yat kembali jalani latihan bersama pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: Pasukan Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega apabila pemain sayap lincah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau Akhyar Rashid, kembali menyertai rakan sepasukan menjalani latihan petang semalam.

Pemain berusia 25 tahun yang hampir pulih sepenuhnya itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya selepas dipukul dan disamun sehingga menyebabkan beliau menerima empat jahitan di kepala dan dua kaki selain kerugian hampir RM5,000.

Walaupun mengakui masih trauma, beliau yang mesra dipanggil Mat Yat itu tetap tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan Liga Super yang telah membuka tirainya pada 11 Mei lepas.

“Saya rasa dua tiga hari lagi dah boleh pulih sepenuhnya. Jahitan di kaki mungkin dibuka esok.

“Hari ini (petang semalam) buat latihan ringan sahaja untuk dapat balik keyakinan dan panaskan badan. Dua tiga hari lagi baru buat latihan penuh untuk dapat balik kecergasan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak.

Pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat sukan bola sepak tanah air yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan kesihatannya kembali pulih.

Beliau berkata sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak menjadi penguat semangat untuk pemain kelahiran Kedah itu pulih dan melupakan peristiwa malang yang menimpanya awal bulan ini.

“Sejujurnya trauma masih ada sikit lagi. Tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan, keluarga dan penyokong saya boleh sihat semula.

“Saya juga harap insiden ini tak berulang dan menimpa orang lain. Setakat ini tidak ada perkembangan berkaitan kes itu. Saya serah sepenuhnya kepada polis untuk ambil tindakan,” katanya yang bersedia diturunkan untuk aksi menentang Penang FC Ahad depan.– BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri