ARTIKEL

Keadaan banjir di Taman Negara susulan musim hujan yang berterusan. (FOTO: FB SARAWAK FORESTRY CORPORATION)

Matang Family Park Fasa 2, Taman Negara Matang, Taman Negara Kubah ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Matang Family Park Fasa 2, Taman Negara Matang dan Taman Negara Kubah ditutup serta-merta akibat banjir.

Menurut Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), penutupan tersebut dibuat susulan musim hujan yang berterusan pada waktu ini.

“Demi menjaga keselamatan pengunjung, ketiga-tiga taman tersebut ditutup serta-merta.

“Ini kerana keselamatan pengunjung merupakan keutamaan kami,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, SFC juga menyeru kepada semua untuk berhati-hati dan menjaga keselamatan diri sepanjang musim hujan dan banjir.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak pengurusan Taman Negara Matang di talian 011-6572 9228 atau Taman Negara Kubah 011-6572 9242.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.