Mati hidu asap arang

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai menghidu asap arang di Jin Hold Service Apartment di sini, Selasa lalu.

Mangsa dikenali sebagai Kendrick Sim Tee Chuan, 32, beralamat di Taman Wawasan, Jalan Teku, Sibu.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata mangsa ditemui pengsan oleh orang awam sebelum menghubungi polis.

Katanya anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang turut tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Beberapa nota telah dijumpai di tempat kejadian.

“Mangsa meninggal dunia disebabkan menghidu asap arang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Awang berkata kes masih diklasifikan sebagai mati mengejut memandangkan tiada unsur-unsur jenayah ditemui.

Katanya mayat mangsa telah dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

Suara Sarawak