ARTIKEL

Choo (tengah) pada sidang media Pameran MATTA Sarawak 2024 pada Jumaat.

MATTA 8-10 Mac di The Hills, tawar pakej percutian menarik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Malaysia Airlines, Firefly, dan MASWings merupakan syarikat penerbangan rasmi untuk pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak 2024.

Pameran berlangsung dari 8 hingga 10 Mac depan bertempat di pusat beli-belah The Hills, menampilkan pelbagai pakej percutian menarik untuk pilihan orang ramai.

Menurut pengerusinya, Oscar Choo, pameran itu membuka peluang kepada pengunjung membeli pakej percutian domestik dan antarabangsa daripada pengendali pelancongan berlesen berpengalaman.

Tambahnya, kerjasama dan sokongan daripada MAG serta pemain industri dalam penganjuran pameran itu pasti meningkatkan lagi potensi industri pelancongan Sarawak.

Penganjur menyasarkan sasaran jualan bernilai RM7 juta memandangkan pameran sebelum ini berjaya mengumpul jumlah jualan sehingga RM6 juta.

Orang ramai diseru menghadiri pameran ini dengan masuk percuma dan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, selama tiga hari.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,