Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Matu Daro jadi kuning, Asajaya kembali hijau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Daerah Matu dan Daro telah bertukar status daripada status hijau kepada kuning setelah 13 kes jangkitan tempatan direkodkan di kedua-dua daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daerah tersebut kini merupakan daerah ke-18 dan ke-19 di negeri ini yang diklasifikasikan sebagai zon kuning Covid-19.
Daerah lain adalah daerah Lundu, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Bau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman yang kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 121 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Uggah, yang juga Timbalan Ketua Menteri menjelaskan bahawa daerah Asajaya di Bahagian Samarahan pula telah Kembali berstatus hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
“Manakala daerah Kapit, Sarikei, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 114 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” tambahnya.
Ujar beliau, bagi daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching, ia kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,920 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lapan buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala sembilan daerah lain kekal berstatus hijau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru