ARTIKEL

KEJUARAAN SULUNG 2026... Max meraikan kemenangan penuh bermakna selepas menamatkan penantian musim ini dengan menakluki Litar Antarabangsa Sepang.

Max Verstappen Takluk Litar Sepang, Tawan GP Bahrain di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Sembilan tahun selepas memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) terakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 2017, Max Verstappen sekali lagi menakluk litar sama apabila memenangi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, semalam.

Pelumba Red Bull Racing itu menamatkan perlumbaan 55 pusingan dengan catatan 1 jam 47 minit 14.808 saat, mendahului pendahulu kejuaraan dunia, Kimi Antonelli dari Mercedes AMG Petronas dengan kelebihan 2.307 saat, manakala Lewis Hamilton dari Ferrari melengkapkan podium di tempat ketiga, 4.919 saat di belakang pemenang.

Kemenangan berkenaan menjadi kejayaan pertama Verstappen dan Red Bull Racing musim ini, selain mencatat kemenangan sulung buat unit kuasa Red Bull Ford Powertrains.

Verstappen menyifatkan kejayaan itu amat bermakna selepas pasukannya mengharungi permulaan musim yang sukar dan bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik.

Menurut Verstappen, keadaan perlumbaan yang berubah-ubah turut memerlukan keputusan strategi tepat, khususnya dalam pemilihan tayar.

Kemenangan tersebut turut menjadikan Verstappen pemenang dua perlumbaan F1 berturut-turut yang berlangsung di Sepang, selepas beliau turut memenangi Grand Prix Malaysia 2017.

Sepang sememangnya terkenal sebagai antara litar paling mencabar dari aspek fizikal dan teknikal kerana gabungan kelembapan tinggi, suhu panas serta kemungkinan hujan tropika secara tiba-tiba.

Litar sepanjang 5.543 kilometer itu kembali menganjurkan perlumbaan F1 selepas kali terakhir digunakan pada 2017, dengan perlumbaan tahun ini berlangsung sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia selepas acara Bahrain dipindahkan ke Malaysia.

Kemenangan itu turut menyaksikan Verstappen dipilih sebagai Driver of the Day dengan 25.9 peratus undian peminat, tipis mengatasi Hamilton yang memperoleh 25.3 peratus.

Penganjuran kali ini turut mendapat sambutan luar biasa apabila tiket hujung minggu perlumbaan dilaporkan habis dijual, dengan lebih 261,000 penonton membanjiri Sepang sepanjang tiga hari acara.

BERITA LAIN

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School