ARTIKEL

Mohd Hazwan (kiri) dan Ronald (kanan) bertukar MoU, untuk menyediakan khidmat perjalanan percuma kepada ahli Persatuan Orang Buta Sarawak, pada majlis yang diadakan di Pusat Persatuan Orang Buta Sarawak di sini, hari ini.

Maxim sedia khidmat perjalanan percuma kepada ahli Persatuan Orang Buta Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Maxim E-hailing Malaysia memberikan dua akses kepada Persatuan Orang Buta Sarawak untuk membuat tempahan dalam aplikasi ke mana-mana destinasi sekitar Sarawak secara percuma.

Pengarah Maxim E-hailing Malaysia, Mohd Hazwan, berkata ia termasuk kod promo RM50 kepada semua ahli Persatuan Orang Buta Sarawak untuk memanfaatkan seramai kira-kira 1,800 ahli.

“Bagi setiap perjalanan juga akan diberikan potongan harga.

“Ini sangat bermakna bagi pihak kami kerana dapat berkongsi rezeki bersama dan berharap agar pihak persatuan dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan.

“Kami juga akan sentiasa berhubung sekiranya memerlukan bantuan dari aspek tempahan, rakan pemandu atau lain-lain,” katanya pada sidang media di Pusat Persatuan Orang Buta Sarawak di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Mohd Hazwan dan Pengerusi Persatuan Orang Buta Sarawak, Ronald Thomas Ronny Law, turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tujuan itu.

Menurut Mohd Hazwan, inisiatif itu dibuat selepas beliau terjumpa artikel sebuah akhbar tempatan di Facebook, di mana Persatuan Orang Buta Sarawak memohon syarikat e-hailing menyediakan kadar yang lebih berpatutan, terutamanya kepada golongan yang memerlukan.

“Saya berasa ini merupakan peluang yang baik bagi pihak kami untuk menyalurkan pertolongan dengan memberi dua akaun korporat kepada pihak persatuan bagi kegunaan semua, dan harga potongan kepada ahli.

“Pihak Maxim E-hailing sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang pengguna perkhidmatan kami serta memberi sokongan yang terbaik, ini termasuklah memberi bantuan kepada yang memerlukan dari pelbagai aspek, termasuklah berkongsi perjalanan percuma bersama Maxim,” katanya.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, Mohd Hazwan turut menyerahkan bantuan makanan kepada ahli Persatuan Orang Buta Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU