Maxis berjaya kukuhkan kedudukan

KUCHING: Syarikat Maxis Berhad (Maxis) berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju penyedia penyelesaian konvergen Malaysia, susulan ketangkasan dan fokus yang berterusan dalam kemampuannya.

Menurut kenyataan Maxis, dengan memanfaatkan kekuatan dan skala dalam perniagaan mudah alih, Maxis meneruskan momentum ke arah pertumbuhan, menyampaikan prestasi yang teguh pada Q1 2021 dengan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) meningkat dengan kukuh sebanyak 4.7 peratus meskipun dalam persekitaran yang mencabar.

“Strategi konvergen Maxis terbukti berkesan kerana mampu membawa satu lagi suku dengan prestasi hasil perkhidmatan dan EBITDA yang stabil, di samping mengekalkan margin EBITDA yang tinggi.

“Untuk suku pertama, Maxis menyaksikan pertumbuhan pelanggan di semua segmen – Pascabayar, Prabayar, Fiber dan Jalur Lebar Tetap Tanpa Wayar – berikutan pelan dengan nilai menarik yang responsif terhadap kehendak pasaran seperti Maxis Postpaid, Hotlink Postpaid dan Hotlink Prepaid Unlimited,” ujar kenyataan itu semalam.

Menurutnya, syarikat ini juga mencatatkan pertumbuhan hasil yang signifikan untuk perkhidmatan jalur lebar tetap, termasuk jalur lebar gentian dan jalur lebar tetap tanpa wayar berikutan penggunaan pakej gabungan Maxis Postpaid Prime yang kuat dan rangkaian 4G terkemuka Maxis.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Apr 2021

Suara Sarawak