ARTIKEL

Maxis eKelas terus pacu pendidikan digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Cabaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Maxis eKelas terus menjadi platform untuk memacu pendidikan digital dan menyediakan pengalaman pembelajaran digital lengkap menerusi aktiviti dan kempen menarik.

Maxis Berhad dalam kenyataan memaklumkan antara kempen unik eKelas ialah cabaran tahunan STEM Misi Jelajah Digital (MJD) yang menumpukan pada peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam subjek STEM.

Kini memasuki tahun ketiga, Maxis baru-baru ini melancarkan cabaran MJD 2023 di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No. 4 di Kuching, Sarawak, yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 16 November ini.

“Pertandingan tahun ini memberi peluang kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran dalam pengaturcaraan, pengekodan dan mengasah pemikiran untuk mereka bentuk.

“Berlandaskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), MJD mencabar pelajar untuk mencipta penyelesaian kepada masalah dalam kehidupan sebenar dan menghasilkan video animasi atau mereka bentuk permainan sendiri berdasarkan kategori mereka.

“Semua peserta menerima markah kokurikulum Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sambil berpeluang memenangi hadiah menarik,” menurut kenyataan itu.

MJD terbuka kepada semua pelajar Malaysia Tahun 4 hingga Tingkatan 5 dan pertandingan tahun ini terbuka kepada kumpulan dua hingga empat anggota bagi menggalakkan kerjasama, komunikasi dan kerja berpasukan.

Bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5, tugasan ialah mencipta satu video animasi digital untuk mendidik rakan sebaya berkenaan satu daripada Matlamat SDG, manakala bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3, dikehendaki membina sebuah permainan dua peringkat (minimum) untuk mendidik rakan sebaya berkenaan Matlamat SDG.

Sementara itu bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5, tugasan mereka ialah mencipta sebuah permainan tiga peringkat (minimum) untuk mendidik rakan sebagai Matlamat SDG.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Goh Seow Eng berkata pihaknya percaya STEM adalah penting dan pertandingan itu terus memberi peluang kepada pelajar untuk membina asas kukuh demi masa depan mereka.

“Di Maxis, kami membantu pelajar untuk mendapat akses mudah kepada pendidikan berkualiti selepas sekolah melalui portal dan aplikasi eKelas kami,” katanya.

Sepanjang tempoh pertandingan, pelajar eKelas menghadiri bengkel dalam talian percuma untuk mempelajari animasi dan reka bentuk permainan.

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.