ARTIKEL

Kredit: Maxis

Maxis mula guna EV dalam operasi lapangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Maxis telah mula mengintegarasikan kenderaan elektrik (EV) dalam operasi lapangannya sekali gus menerajui syarikat telekomunikasi Malaysia dalam mengurangkan jejak karbon dan mengguna pakai penyelesaian tenaga bersih.  

Menurut Maxis dalam kenyataan hari ini, langkah itu menekankan dedikasi syarikat terhadap amalan mampan, meminimumkan jejak karbon dan mempromosikan masa depan yang lebih mesra alam. 

Menurut kenyataan itu, set pertama EV tersebut terdiri daripada enam kenderaan jarak jauh BYD Dolphin yang digunakan oleh pasukan operasi mudah alih dan gentian Maxis di wilayah Tengah dan Utara.

Ketua Pegawai Rangkaian Maxis Abdul Karim Fakir Ali berkata komitmen syarikat itu terhadap inovasi melangkaui teknologi telekomunikasi justeru memacu ke arah masa depan yang lebih mampan.

“Kami percaya inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan kos operasi kami dan meningkatkan kecekapan, malah mencerminkan dedikasi kami untuk memupuk perubahan positif dalam industri.

“Mengguna pakai EV juga sejajar dengan usaha lebih luas Maxis untuk menyumbang kepada inisiatif-inisiatif global menangani perubahan iklim bagi mewujudkan kesan positif yang lebih berkekalan di planet ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Maxis menyasarkan untuk menggantikan semua kenderaan pacuan dua roda di tapak metro dan bandar dengan EV secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

Syarikat itu kini mempunyai 40 kenderaan sedemikian yang digunakan dalam perkhidmatan.

“Sebelum mengintegrasikan EV dalam operasi lapangannya tahun ini, Maxis telah menjalankan percubaan bukti konsep dengan penyewaan dua EV untuk sokongan operasi tahun lepas.

“Program perintis tersebut kini membolehkan pasukan-pasukan Rangkaian dan Kelestariannya untuk memajukan inisiatif EV syarikat tahun ini dengan pengumuman semalam,” menurut kenyataan itu.

Maxis juga telah menubuhkan infrastruktur pengecasan EV berkuasa solar di pusat operasi teknikal Subang Hi-Tech, Sungai Besi, Kepong, Rawang, Nilai, Seberang Perai, dan Johor Bahru untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada kumpulan EVnya yang semakin berkembang. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan