ARTIKEL

Keadaan mayat dijumpai di belakang sebuah kilang di Kuala Baram, malam tadi.

Mayat dijumpai di belakang kilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Penduduk dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di belakang sebuah kilang di Kuala Baram, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah berkata, mayat belum dikenal pasti berusia lingkungan 20-an itu, ditemui terapung berhampiran tebingan sungai di belakang kilang berkenaan, sekitar jam 11 malam.

Berikutan penemuan itu katanya, seorang penduduk bertindak menghubungi pasukan keselamatan untuk mendapatkan bantuan.

“Sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.03 malam. Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati mayat masih berada di dalam sungai itu.

“Sebagai tindakan, pasukan bomba mengangkat mayat itu ke tebing sungai dengan bantuan sebuah jengkaut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebaik sahaja berjaya diangkat, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, bomba juga melakukan pemantuan susulan di lokasi bagi memastikan kawasan itu benar-benar selamat sebelum bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

BERITA TERBARU