Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Mayat ditemui di kawasan kubur Jalan Buso, Bau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mangsa ditemui di kawasan kubur, Jalan Buso, Bau.
Mangsa ditemui di kawasan kubur, Jalan Buso, Bau.

BAU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan kubur, Jalan Buso, di sini hari ini.Menurut Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mangsa berumur 62 tahun kira-kira jam 1.05 pagi.

Katanya, pihak polis yang sampai ke tempat kejadian mendapati mayat mangsa keadaan terbaring.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa di tempat kejadian mendapati keadaan mangsa dijumpai dalam keadaan fizikal sempurna.

“Wajah mangsa lebam dan ada pendarahan keluar dari hidung dan gigi mangsa patah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan di tempat kejadian merupakan jalan berbatu kecil dan agak curam.

Tambahnya, terdapat kesan tergelincir dan mangsa cedera di lutut dan jatuh tersembam di muka dan cedera di muka serta patah gigi.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat Hospital Bau untuk dibedah siasat.

Katanya, kes dibuka sebagai laporan kematian mengejut (SDR) oleh pihak KPB Balai Polis Bau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru