ARTIKEL

Mayat lelaki ditemui terdampar dalam sungai di belakang Taman Lucy Hill, dipercayai warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di dalam sebuah sungai belakang Taman Lucy Hill, sekitar jam 3 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata mayat ditemui oleh seorang pekebun sayur, 61, ketika sedang mencari sayur rebung di belakang Taman Lucy Hill.

“Hasil siasatan awal dari Pasukan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) yang diketuai pakar Patologi Doktor Nurliza Ibrahim, Pakar Patologi mengesahkan tiada kecederaan mencurigakan terhadap tubuh badan si mati.

“Kecederaan pada tubuh badan mayat adalah disebabkan oleh gigitan serangga atau binatang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya hasil pemeriksaan lanjut mendapati si mati merupakan golongan berusia berdasarkan keadaan ketiadaan gigi.

Tambahnya kes kini masih dalam siasatan di bawah kematian mengejut (SDR).

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya