Mayat lelaki gemparkan penduduk

BETONG: Penduduk Rh Nanga Ban digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 59 di dalam parit berhampiran ladang sawit Nanga Ban sekitar 9:30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Zamry Alli mengesahkan mayat ditemui terapung dalam keadaan tertungkup.

Katanya, hasil siasatan awal polis mendapati tiada sebarang kesan pergelutan dan tindakan perbuatan jenayah pada tubuh simati.

Selain, pemeriksaan di kawasan kejadian juga polis tidak menjumpai sebarang alat atau benda tajam.

Mayat dihantar ke Hospital Betong bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, menantu mangsa memberitahu bahawa mentuanya itu keluar rumah pada petang Ahad.

Suara Sarawak