Trending

Mayat lelaki OKU jatuh sungai ditemui  

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTANGOR: Mayat lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai terjatuh ketika hendak mengangkat bubu di Sungai Stubah pada Rabu ditemui kira-kira jam 1.05 tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mayat Jackson Janang, 20, dijumpai terapung oleh penduduk rumah panjang yang kebetulan melalui sungai tersebut.

“Mayat dijumpai kira-kira 500 meter ke hilir sungai dari lokasi mendiang terjatuh.

“Mayat seterusnya diserahkan kepada polis setelah selesai proses pengecaman oleh ahli keluarga dan operasi pencarian ditamatkan segera jam 2 petang tadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, Jackson yang beralamat di Rumah Panjang Bala pada Rabu turun ke sungai untuk memeriksa bubu yang dipasang 70 meter dari jeti rumah panjang.

“Bagaimanapun mendiang telah terjatuh ke dalam sungai,” ujarnya.

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat terus digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bersama agensi lain termasuk penduduk kampung.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru