ARTIKEL

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di kawasan semak Kampung Selang Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan di kawasan semak Kampung Selang Laut, Telaga Air, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut kira-kira jam 9.30 malam.

Katanya, pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dan dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang dua hari.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

“Kes di siasat sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai
sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 atau Ketua Balai Polis Batu Kawa Inspektor Shahrul Hafizy 013-2299699.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia pada 3.46 petang tadi. Gempa 5.4 magnitud itu berlaku pada kedalaman 45

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil