ARTIKEL

PDRM

Mayat lelaki tempatan ditemui di belakang bangunan pasar raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati berhampiran sebuah bangunan pasar raya di kawasan Malihah, Jalan Batu Kawa di sini pagi tadi.

Ketua Polis Padawan, Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi berkata, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan ditemui orang awam di belakang bangunan pasar raya tersebut.

“Pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.23 pagi.

“Siasatan di lokasi kejadian oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan dan Forensik IPK Sarawak mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 37 tahun,” beliau memberitahu dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Irwan, tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

Jelasnya lagi, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU