HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Mayat lelaki yang terjatuh di Sungai Rajang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Kereta milik mangsa sedang dinaikkan daripada permukaan sungai Batang Rajang & gambar mangsa Andy Ting.

SIBU: Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Rajang di Lorong Lanang 4, di sini berjaya ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PDDA) hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral Suna Kaha berkata, kedudukan kereta itu akhirnya dikesan pada jam 2.55 petang.

“Kami berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta pada jam 4.06 petang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

TIANG ketika meninjau lokasi kejadian dan mendengar taklimat daripada pihak bomba.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya lagi, operasi SAR dilakukan sejak laporan diterima, namun keadaan gelap menyukarkan pencarian kedudukan kereta.

Katanya, operasi SAR diteruskan sejak jam 6 pagi tadi sehingga pasukan PPDA menjumpai kereta mangsa pada jam 3 petang.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Ming Tee ketika melawat lokasi kejadian, hari ini mengesahkan mangsa merupakan Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

“Mangsa dikenalpasti sebagai salah seorang rakan seperjuangan saya di SUPP Pelawan iaitu Kaunselor Andy Ting King Dieng, 43.

“Diharap keluarga Andy tabah dan kuat menghadapi dugaan ini,” jelas beliau yang juga Adun Pelawan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak bomba dan polis Sibu atas komitmen yang diberikan.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru