Mayat lelaki yang tidak dikenali ditemui terapung dalam sungai

KUCHING: Mayat seorang lelaki belum diketahui identitinya ditemui terapung di dalam sungai berhampiran sebuah pasar raya dekat Tabuan Jaya di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan operasi bomba Sarawak mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 11.50 pagi.

Menurut kenyataan itu, mayat tersebut telah diangkat ke tebing sungai oleh anggota operasi Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya sejurus tiba di lokasi kejadian.

Dedahnya identiti mangsa bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

“Mayat seorang lelaki dewasa itu kemudiannya eterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

MAYAT…Kelihatan mayat seorang lelaki belum dikenali identiti

Suara Sarawak