Mayat mangsa kereta terjunam ditemui tengah hari tadi

KUCHING: Mayat mangsa seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Satok telah dikeluarkan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, seramai 11 anggota PPDA Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu mengesan kedudukan kenderaan dan serta menyelamatkan mangsa.

“Selaman yang dijalankan oleh PPDA telah berjaya mengesan kedudukan kenderaan mangsa dalam jarak 100 kaki dari tebing.

“Mangsa telah ditemui oleh PPDA pada jam 12.56 tengah hari dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Katanya, operasi mengesan dan mengeluarkan mangsa telah tamat sepenuhnya pada jam 1.35 tengah hari tadi.

Suara Sarawak