ARTIKEL

Mayat mangsa lemas di pantai Kampung Kuala Nyalau ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Anggota bomba dari BBP Samalaju membantu mengusung mayat mangsa lemas di pantai Kampung Kuala Nyalau.

BINTULU: Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri dibawa arus deras semasa beriadah di pantai Kampung Kuala Nyalau ditemui terdampar di kawasan pantai berdekatan, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju Hashim Norshidi berkata, mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung pada jam 6.40 pagi tadi.

Mayat warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Riyan, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan bomba dari BBP sepatutnya diteruskan pada hari ke-2 hari ini pada jam 8 pagi tadi selepas ditangguhkan pada jam 6.30 petang Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang semalam, mangsa bersama-sama tiga lagi rakannya sedang beriadah di kawasan pantai Kampung Kuala Nyalau sebelum mangsa hanyut dibawa arus deras.

Rakan mangsa yang juga remaja lelaki berusia 18 tahun, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang turut berada di kawasan pantai berkenaan.

 

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.