Mayat mangsa tragedi Gunung Tabai berjaya dibawa keluar

BAU: Mayat Martin Mat Tapa yang tertimbus runtuhan batu ketika menggali lubang untuk melombong emas di Gunung Tabai berjaya dikeluarkan sekitar jam 6.20 petang, semalam.

Mengesahkan kejadian, DSP Poge Nyaon berkata, mayat mangsa yang ditimbus batu berjaya dialihkan dalam cubaan kedua polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama-sama penduduk Kampung Bijurey sekitar jam 4 petang.

“Seterusnya pasukan operasi mengambil masa sekitar dua setengah jam untuk menarik keluar mayat mangsa dari lubang yang sempit,” katanya yang turut berada di lokasi bagi mengetuai operasi mengeluarkan mangsa dari Gunung Tabai.

Menurutnya, hampir 40 orang terlibat mengeluarkan mayat mangsa. Poge memaklumkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menegaskan bahawa masyarakat khususnya penduduk Bau harus menghentikan sebarang aktiviti di kawasan sekitar Gunung Tabai.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Mac 2021

Suara Sarawak