ARTIKEL

Mayat manusia dalam mulut aligator

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW YORK: Mayat manusia ditemukan di dalam mulut aligator sepanjang 13 kaki, 8.5 inci, di terusan di Taman Botani Florida di Largo, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Aligator itu dikeluarkan dari air dan dibunuh, menurut kenyataan Pejabat Syerif Daerah Pinellas.

Setakat ini, tiada butiran berhubung identiti mangsa kerana siasatan masih dijalankan.

Kejadian berkenaan dimaklumkan oleh seorang penduduk tempatan, Jamarcus Bullard, yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Saya membaling batu ke arah aligator itu untuk memastikan ia benar-benar aligator dan kelihatan haiwan itu sedang menarik sekujur tubuh manusia ke dalam air,” kata Bullard kepada stesen TV Tampa WFLA-TV.

“Saya tidak pernah bermimpi bahawa seekor buaya berada di kawasan ini,” kata seorang lagi penduduk, Terri Williams. Secara statistik, serangan buaya agak jarang berlaku dan hanya terdapat dua laporan serangan maut di Florida setakat tahun ini.

Data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menunjukkan hanya 10 serangan aligator berlaku di tenggara AS antara 1999 dengan 2019. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

BERITA TERBARU

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud