BALEH: Mayat seorang penumpang yang terperangkap dalam pacuan empat roda tersangkut pada sepohon kayu setelah jatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter berjaya dikeluarkan 10:30 pagi tadi
Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, dua individu dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri, semalam.
“Kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter dan tersangkut pada pohon kayu.
“Seorang mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang kampung dan mengalami patah paha kiri, sementara seorang lagi masih tersepit di dalam kenderaan.
“Bagaimanapun, operasi hari kedua yang diteruskan hari ini berjaya mengeluarkan mayat (James Kanyan) daripada kenderaan dengan bantuan traktor,” katanya di sini, hari ini.
Jelasnya, mayat berjaya dikeluarkan dan usaha membawa mangsa naik ke atas dengan menggunakan pengusung dan sistem tali.
Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, kemalangan di jalan balak dekat Jalan Melinau-Mujong, itu berlaku sekitar 3:36 petang.
