Mayat remaja dibaham buaya ditemui

SRI AMAN: Pemuda berusia 29 tahun yang dipercayai dibaham buaya tiga hari lalu ditemui berhampiran Sungai Beradik dalam radius 2.68 kilometer dari jeti Kampung Melayu Tanjung Bijat, kira-kira 7.30 pagi ini.

Penemuan mayat Yanha Mahrat disahkan oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Kapten Huzaimah Ibrahim dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, operasi SAR hari ketiga yang digerakan bersama 29 individu seawal 7 pagi nampaknya berhasil.

Mayat selepas itu dibawa ke jeti menggunakan bot APM sementara menunggu ahli keluarga.

Yanha terdahulu dikatakan pergi ke sungai untuk memukat ikan bersama tiga rakan di Kampung Melayu Tanjung Bijat, Rabu lalu.

Suara Sarawak