Mayat reput ditemui dalam rumah sewa

KUCHING: Satu mayat reput ditemui orang awam di dalam sebuah rumah sewa di kawasan perumahan Poh Ming Park, Sekama, petang semalam.

Menurut sumber kejadian, mayat mangsa yang dikenali sebagai Lee berusia 54 tahun dijumpai sekitar jam 4 petang.

Katanya, mayat mangsa ditemui sudah mereput dan dipercayai sudah meninggal dunia pada beberapa hari yang lalu.

Tambahnya mangsa difahamkan telah menetap di rumah sewa berkenaan seorang diri semenjak tahun 2017 lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya masih menunggu laporan siasatan dilakukan.

Katanya, mayat telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Suara Sarawak