Trending

Mayat tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Kuala Baram

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
polis

MIRI: Satu mayat tanpa identiti ditemui terapung di Sungai Kuala Baram, di sini pada jam 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, Balai Polis Lutong menerima makluman berhubung penemuan mayat tersebut daripada seorang lelaki warga tempatan, berumur 54 tahun. 

Susulan makluman itu katanya, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat tersebut dengan memakai baju t-shirt tanpa kolar berlengan pendek berwarna hijau serta berseluar jeans paras lutut.

“Pemeriksaan awal ke atas tubuh si mati tidak menemui sebarang kecederaan yang mencurigakan dan keadaan mayat masih baharu.

“Mayat si mati telah dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kertas siasatan mati mengejut (SDR) telah dibuka dan siasatan masih diteruskan. 

Katanya, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Beliau berkata, pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru