ARTIKEL

Mayat wanita di Sungai Rejang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAGA: Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan di Sungai Rejang, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 pagi.

“Kami telah menerima panggilan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Belaga, Sarjan Saprie Azmar mengenai penemuan mayat dalam keadaan terapung di Sungai Rejang Belaga.

“BBP Belaga segera mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian dan sejurus sampai ke lokasi yang dilaporkan, terdapat satu mayat terapung,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu berkata, pasukan bomba mengangkat mayat menggunakan beg mayat daripada pihak PDRM dan seterusnya dibawa ke jeti pekan Belaga sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan