ARTIKEL

Mayat wanita tanpa kepala, tangan dan kaki ditemukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ALOR GAJAH: Mayat wanita tanpa kepala serta kedua-dua tangan dan kaki ditemukan dalam tong sampah di dalam longkang di jalan besar Alor Gajah Tampin di Kampung Rimau, Pulau Senang di sini pada 31 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mayat itu ditemukan orang awam pada kira-kira 2 petang dan mangsa berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dipercayai dibunuh.

“Mayat mangsa tanpa pakaian ditemukan orang awam sebelum dilaporkan kepada polis dan siasatan di tempat kejadian dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka bersama pihak Hospital Alor Gajah.

“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan telah mula mereput dan darah telah kering dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia antara tujuh hingga 10 hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Melaka bagi mengetahui punca kematian dan mengenal pasti identiti mangsa. 

Arshad berkata polis telah menjalankan ujian DNA melibatkan dua individu yang dilaporkan hilang bagi mendapatkan identiti mangsa namun negatif.

Sehubungan itu katanya orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau individu terdekat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian O6-5562222 atau Pegawai Penyiasat Kanan DSP Mohd Ali Hanafiah Hasim (019-9536277).

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial